Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Gangguan Jin Asyik

Gangguan Jin Asyik

GANGGUAN oleh Jin Asyik/cinta merupakan gangguan yang terbanyak berbanding dengan Jin Saka dan Sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlu rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.

PENGENALAN JIN ASYIK

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit. Sebab itulah pesan guruku, al Fadhli Ustaz Mohamad Mizan, buat semua muslimat, haruslah menjaga tatasusila, adab ketika mandi, berpakaian dan sebagainya. Dari satu sudut, memang anda jauh dari penglihatan orang ramai, tapi masih ada lagi ‘mereka’ di alam sana sibuk memerhatikan anda! Bahkan mereka juga mempunyai perasaan. Bayangkan andai anda(laki2) sedang melihat si perempuan dalam keadaan kurang pakaian/atau langsung tidak berpakaian, anda juga pasti akan ‘JATUH HATI!’.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Ini pernah terjadi pada pesakit yang saya berubat dahulu. Keadaan akan menjadi sedikit rumit jika ia telah lama tinggal bersama kita. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya. Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang.

Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

ANTARA SINTOM-SINTOM GANGGUAN JIN ASYIK

Sebab itulah bagi mereka yang pernah terasa sintom-sintom penyakit misteri ini, antaranya adalah celah kaki anda seperti cuba dibuka orang(ini berdasarkan pengalaman saya yang lepas dalam berubat), di tindih dan terasa nikmat, kemaluan menjadi sakit seperti kepecahan dara, didatangi laki2 dalam mimpi, dan lain2 lagi. Biasanya gangguan jin asyik berlaku pada perempuan. Untuk dimudahkan, samalah seperti dunia kita, si laki-laki mengorat si perempuan. Begitu jugalah alam jin di sana. Bahkan mereka lebih suka untuk bersama manusia berbanding spesis jin sendiri.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit.

BAHANA JIN ASYIK

Saya pernah bersama al Fadhli Ust pergi berubat salah seorang pesakit(perempuan) yang telah berkahwin kira-kira dalam 2tahun setengah dan mempunyai seorang anak kecil. Apa yang dikesali, pesakit seolah2 sudah dikuasai pemikirannya oleh jin asyik. Tidak mahu berubat. Minta cerai daripada suami kalu tidak, akan bunuh anak sendiri! Ketika saya pergi berubat, pesakit perempuan tiada di rumah. Oleh sebab itu, kami cuba ikhtiar buat sang suami ini. Kerana dia juga diganggu untuk menjadi mudah marah, dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti memukul isteri. Inilah bahana gngguan jin asyik. Mereka akan merosakkan hubungan antara suami isteri dan akan menjerumus kepada penceraian. Si lelaki jika tidak cukup kuat bersabar, iman mudah goyah, maka pastilah akan di akhiri dengan penceraian pada akhirnya. Apa tidaknya, tengah2 malam ketika tidur, jin asyik mari bersetubuh dengan isterinya dalam bentuk manusia(laki2). Bukan sekali, tapi berulang kali!

IKHTIAR PERUBATAN ISLAM

Bagi mereka yang sakit, maka saya nasihatkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin secara berperingkat sehingga anda benar-benar sembuh. Carilah pengamal-pengamal perubatan Islam di Malaysia ini, ramai! Jangan ikhtiar dengan bomoh dan sebagainya, yang mensyirikkan Allah taala. Waspadalah dalam mencari perawat. Untuk sebarang pertanyaan mengenainya, bolehlah hubungi saya. InsyAllah.. saya akan menjawab seadanya mengikut kemampuan saya. Bagi mereka yang telah pernah berubat, dapatkan rawatan susulan dari masa ke masa. Paling kurang 3bulan sekali. Untuk periksa kesihatan anda berada di tahap yang maksimum.(tiada gangguan)

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

1-6

Pengenalan Santau

Apakah Santau? Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ...

One comment

  1. Jazakallahu khairan kathira ya akhi atas info sebegini. Honestly mmg tak pernah tahu pun pasal jin asyik ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE