Breaking News
Home / Agama / Hizb al-Bahr

Hizb al-Bahr

Pengenalan Hizb Al Bahr

Hizb al-bahr ini adalah hizib(bacaan wirid buat pendinding diri) yang termasyhur disamping tiga hizib lagi iaitu hizib an-Nawawi ,Ratib al-Attas dan Ratib Haddad. Keempat-empat ini adalah milik wali-wali Qutub. Wali Qutub ialah ketua para wali atau pusat para wali di dunia ini pada zamannya. Yang mana mereka ini adalah orang yang amat bertakwa kepada Allah secara zahir dan batin.

Tujuan asal amalan hizib-hizib adalah untuk membawa diri seseorang itu menjadi dekat dengan Allah S.W.T. Dalam erti kata lain, Mengharapkan redha Allah dalam mengamalkannya disamping melakukan amalan-amalan wajib seperti solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.

Terdapat banyak keistimewaan, kelebihan dan fadhilat bagi sesiapa yang mengamalkankan hizib-hizib ini. Antaranya mendapat redha Allah, sentiasa dalam keadaan hati yang tenang, terpelihara dari hasad dengki khianat orang, terpelihara dari gangguan jin, syaitan serta iblis dan sebagainya. Apapun kelebihan-kelebihan yang ada itu adalah kurniaan Allah kepada hamba yang diredhainya, maka kita sebagai hamba Allah hendaklah mengikhlaskan niat terhadap apa jua amalan yang dilakukan.

Berkenaan kelebihan-kelebihan itu kita serahkan kepada Allah dan jangan mengharapkannya. Kerana setiap musihabah yang berlaku keatas kita terkadang ada hikmah disebaliknya dan terkadang menjadi kaffarah (balasan untuk menghapus dosa) atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, cukuplah yang penting kita mengamalkannya hanya mencari redha Allah S.W.T.

Kembali kepada Hizb al-Bahr, hizib inilah yang al-Imam selalu berwasiat kepada anak-anak muridnya supaya rajin dibaca, diamalkan dan diajarkan kepada anak-anak. Kerana di dalamnya mengandungi al-Ismul A’dzam (nama Allah yang Maha Agung).

Hizb ini diajarkan oleh Rasulallah S.A.W melalui mimpi Imam Abu Hasan asy-Syazili sewaktu beliau berdukacita di tengah-tengah Laut Merah.

Diceritakan, suatu hari Al-Imam ingin pergi ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan fardu haji melalui jalan laut.

Nakhoda kapalnya itu seorang nasrani (kristian). Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba angin tidak lagi bertiup, ini membuatkan kapal yang al-Imam naiki tidak boleh berlayar. Bukan setakat sehari, malah berhari-hari. Semua awak-awak kapal menjadi gelisah dan berdukacita. Dalam kegelisahan inilah, Imam Abu Hasan asy-Syazili bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W mengajarkan al-Imam akan hizib ini.Pada waktu itu asy Syaikh Abul Hasan Asy Syadzili tengah melakukan perjalan ibadah haji ke tanah suci.

Perjalanan itu diantaranya harus menyeberangi laut merah. Untuk menyeberangi lautan itu sedianya beliau akan menumpang perahu milik seseorang yang beragama nasrani. Orang itu juga akan berlayar walaupun berbeda tujuan dengan asy syaikh. Akan tetapi keadaan laut pada waku itu sedang tidak ada angin yang cukup untuk menjalankan kapal. Keadaan seperti itu terjadi sampai berhari-hari, sehingga perjalanan pun menjadi tertunda. Sampai akhirnya pada suatu hari, asy Syaikh bertemu dengan baginda Rasulullah SAW. Dalam perjumpaan itu, Rasulullah SAW secara langsung mengajarkan hizib Bahri secara imla’ kepada syaikh.

Setelah hizib Bahri yang baru beliau terima dari Rasulululah SAW itu beliau baca, kemudian beliau menyuruh si pemilik perahu itu supaya berangkat dan menjalankan perahunya. Mengetahui keadaan yang tidak memungkinkan, karena angin yang diperlukan untuk menjalankan perahu tetap tidak ada, orang itupun tidak mau menuruti perintah asy Syaikh. Namun asy Syaikh tetap menyuruh agar perahu diberangkatkan. “Sudah siap-siap, berangkat dan jalankan perahumu ! sekarang angin sudah waktunya datang “, ucap asy syaikh kepada orang itu. Dan memang benar kenyataannya, angin secara perlahan-lahan mulai berhembus, dan perahupun akhirnya pun bergerak berjalan. Singkat cerita alkisah kemudian si nasrani itupun lalu menyatakan masuk Islam.

Berkata Syaikh Abdurrahman al Busthomi, “Hizbul Bahri ini sudah digelar di permukaan bumi. Bendera hizbul bahri berkibar dan tersebar di masjid-masjid. Para ulama sudah mengatakan bahwa hizbul bahri mengandung Ismullohil ‘adhom dan beberapa rahasia yang sangat agung.

Dalam kitab Kasyf al-Zhunun `an Asami al-Kutub wa al-Funun, Haji Khalifah seorang pustakawan terkenal asal Konstantinopel (Istanbul Turki) menulis berbagai jaminan yang diberikan asy Syaikh Abul Hasan Syadzili dengan Hizib Bahrinya ini. Di antaranya, menurut Haji Khalifah, Asy Syaikh Syadzili pernah berkata: Seandainya hizibku (Hizib Bahri) ini dibaca di Baghdad, niscaya daerah itu tidak akan jatuh. Mungkin yang dimaksud Asy Syaikh Syadzili dengan kejatuhan di situ adalah kejatuhan Baghdad ke tangan Tartar,Wallahu a’lam.

Bila Hizib Bahri dibaca di sebuah tempat, maka termpat itu akan terhindar dari malapetaka, ujar Syaikh Abul al-Hasan, seperti ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun.

Haji Khalifah juga menyatakan bahwa Hizib Bahri telah disyarahi oleh banyak ulama, diantaranya Syaikh Abu Sulayman al-Syadzili, Syaikh Zarruq, dan Ibnu Sulthan al-Harawi

Namun untuk mengamalkan Hizib ini seharusnya melalui talqin atau ijazah dari seorang guru yang memiliki untuk mengijazahkannya mengajarkannya. Seseorang yang tidak mempunyai pengijazahan tidak berhak mengajarkannya ataupun memberikan hizib ini kepada orang lain. Hal ini merupakan adab atau etika dilingkungan dunia tariqah.

Sanad Hizb Bahr

Alhamdulillah, saya sempat menerima sanad pembacaan Hizib Bahr ini daripada Syeikh Fahmi Zamzam al Banjari al Maliki An Nadwi Al Syafi’e Al-Shadhili.

(Abu Ali adalah ayahnya, AlBanjari adalah kaumnya, An-Nadwi adalah kelayakan beliau, AlMaliki merupakan gelaran sebagai yang diberikan kepadanya oleh guru beliau , AlShafi’e adalah mahzab beliau, Al-Shadhili adalah tariqat beliau, dengan rahmat Allah (beliau) telah memperoleh talqin zikir ini dan bai’ah daripada

  1. Sayyid Syeikh Muhammad Nadim as-Sahabi al-Halibi (Syria)
  2. Al-Arifbillah Sayyid Ahmad Fatah
  3. Syeikh Abdul Qadir Isa (author of Haqiqat Tasawwuf)
  4. Syeikh Muhammad al-Hashimi at-Talamasani
  5. Syeikh Ahmad bin Mustafa al-Alawi & Syeikh Muhammad Yalliz
  6. Syeikh Muhammad bin al-Habib al-Buzaidi
  7. Syeikh Sayyid Muhammad bin Quduril Wakil
  8. Syeikh Abu Baqzal Mahajiya & Syeikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Basha
  9. Syeikh al-Arabi bin Ahmad ad-Darqawi***
  10. Syeikh Abul Hassan Ali al-Jamalil Imrani
  11. Syeikh al-Arabi bin Ahmad bin Abdillah al-Fasi
  12. Syeikh Ahmad bin Abdillah al-Fasi
  13. Syeikh Qasim al-Khasasi
  14. Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Fasi
  15. Syeikh Abdul Rahman al-Fasi
  16. Syeikh Yusuf al-Fasi
  17. Syeikh Abdul Rahman al-Majzub
  18. Syeikh Ali as-Sunhajid Dawar
  19. Syeikh Ibrahim al-Fahham
  20. Syeikh Abul Abbas Ahmad Zarruq
  21. Syeikh Ahmad bin Uqbatul Hadhrami
  22. Syeikh Yahya al-Qadiri
  23. Syeikh Ali bin Wafa
  24. Syeikh Muhammad Wafa Bahrus Sofa
  25. Syeikh Daud al-Baqili
  26. Syeikh Ahmad bin Athaillah as-Sakandari
  27. Syeikh Sayyid Abu al-Abbas al-Mursi
  28. Sayyid al-Imam as-Syeikh Abil Hassan as-Shadhili***
  29. Syeikh Abdul Salam bin Mashish
  30. Syeikh Abdul Rahman al-Atar Zayyat
  31. Syeikh Shuaib Abu Madyan
  32. Sayyid al-Imam as-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani***
  33. Syeikh Said al-Mubarak
  34. Syeikh Abul Hassan Ali bin Yusuf
  35. Syeikh Abus Farajil Turtusi
  36. Syeikh Abul Faraj Abdul Wahab
  37. Syeikh Abu Bakar as-Shibli
  38. Syeikh Abul Qasim Junaid al-Baghdadi***
  39. Sayyid as-Sariyus Saqati
  40. Sayyid Makruf al-Karji
  41. Sayyid Dawud at-Tho’i
  42. Sayyid Habib al-Ajami
  43. Sayyid al-Hassan al-Basri***
  44. Amirul Mukminin Sayyidina Ali bin Abi Talib
  45. Rasulullah ﷺ

Lampiran

Hizb-ul-Bahar (Page 1) Hizb-ul-Bahar (Page 2)Hizb-ul-Bahar (Page 2)

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

apa itu Qarin

Qarin? Apa itu Qarin?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ? Qarin adalah jin yang dicipta ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE