Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Kaedah Perubatan Menggunakan Limau

Kaedah Perubatan Menggunakan Limau

DSC00697Dalam kaedah perubatan Islam, ada beberapa kaedah lain yang digunakan selain membaca ayat al Quran di atas kepala pesakit atau mana-mana bahagian yang sakit. Antara kaedah yang selalu digunakan oleh para perawat adalah membacakan ayat-ayat penawar kepada air hidup (air yang tidak mati) yang kemudian diberikan kepada pesakit untuk minum bagi beberapa tempoh yang tertentu.

Antara kaedah lain iaitulah menggunakan limau nipis atau limau purut sebagai bahan dalam perubatan. Perlulah diperingatkan! Bahan-bahan ini cumalah sebagai suatu ikhtiar yang biasa digunakan oleh pengamal perubatan Islam, bahan-bahan tersebut langsung tidak memberi kesan tanpa Allah kehendaki.

Ada yang bertanya, ” kenapa mesti limau?? bahan lain tidak boleh ke? “

Soalan ini biasa ditanya oleh mereka yang kurang faham mengenainya. Mengikut sains, dalam limau ini terkandung acid nitrik yang mana dalam perubatan Islam ia seperti racun kepada makhluk halus. Makhluk halus sensitif dengan benda-benda ini. Setiap orang pun ada perkara yang dia lemah kan? Maka begitu jugalah makhluk halus.

Kajian mendalam pernah dilakukan ulamak tentang perihal ini. Tapi saya tidak berhasrat untuk memanjangkan artikel ini. Sudah cukup kita faham, jin/makhluk halus dalam tubuh biasa lemah dengan limau atau sesuatu yang bersifat acid. Kerana itu jugalah, dalam perubatan nabi, cuka juga biasa digunakan untuk perubatan makhluk halus ini (artikel lain nnt).

Berikut adalah cara-cara penggunaannya :

1) Sediakan limau nipis 21 biji dan limau purut 33 biji. ( tiada bilangan yang disyaratkan)

2) Bacakan limau-limau tersebut dengan bacaan ruqyah dan ayat penawar. Bagi mereka yang ingin membuat sendiri, bolehlah membaca ayatul Qursi x 11 kali atau membaca surah yassin.

3) Sebelum baca, letakkan bahan-bahan tersebut di hadapan. Lalu niatkan untuk jadikan bahan-bahan tersebut sebagai penawar buat diri/nama pesakit.

Contoh : ” Ya Allah Ya Tuhanku, dengan keberkatan ayat-ayat suci al Quran yang bakal aku bacakan ini, Kau jadikanlah bahan-bahan ini sebagai penawar buat fulan bin fulan(nama pesakit). 

4) Limau purut digunakan untuk mandi. Limau nipis digunakan untuk minum.

5) Blend kesemua limau purut bersama air tawar. Jadikan ia sebagai pati limau purut. Letakkan dalam suatu bekas yang mudah disimpan.

6) Masukkan pati limau purut dalam 6 @ 7 sudu (agak2 air tersebut berbau limau)  di dalam baldi yang berisi air (seeloknya dibaca terlebih dahulu air tersebut sekurang-kurangnya ayatul Qursi dan 3kul.)

7) Mandi 2 kali sehari, waktu pagi dan petang sehingga 21 hari berturut-turut.

8) Limau nipis pula dibuat minum 2 kali sehari, tengahhari dan sebelum tidur selama 21 hari berturut-turut.

9) 1 Biji limau nipis di belah 2, sebelah digunakan waktu tengahari dan sebelah lagi ketika sebelum tidur. (boleh dicampur dengan gula, ais dan lain-lain)

10) Sebaiknya diminum sebelum 1/2jam makan tengahari ketika perut kosong dan sebelum tidur.

11) InsyAllah, doakan dan teruskan bermunajat mudah-mudahan usaha ini Allah berkati dan berikan kesembuhan kepada kita sekeluarga.

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

1-6

Pengenalan Santau

Apakah Santau? Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ...

One comment

  1. Assalamu’alaikum Ustaz,

    Saya ada pertanyaan berkenaan dengan makhluk halus. Saya tertarik dengan penerangan ustaz diatas berkenaan KAEDAH PERUBATAN MENGGUNAKAN LIMAU. Soalan saya, adakah kaedah yang sama seperti diatas boleh digunakan untuk membuang makhluk halus dalam diri sendiri?. Saya sebenarnya bukan mencari dan mengamal perkara-perkara syirik malah sejak kecil, saya tak tahu perkara ini. Ibu bapa saya tak pernah bercakap tentang ini. Saya tahu sejak berkahwin dengan bekas suami. Sebelum ini saya tak tahu bekas suami dan bekas mak mertua sebenarnya ada “benda” ini. Bekas suami mempunyai hantu raya dan ibunya mempunyai pelesit. Sekarang saya sudah lama bercerai dengan bekas suami tapi belaan-belaan bekas suami dan ibunya masih mengganggu saya dan anak.

    Adakah kaedah diatas boleh saya gunakan untuk membuang,menghalau “benda” ini daripada mengganggu saya dan anak saya?. Atau mungkin ada kaedah lain untuk saya gunakan sebab saya dah tak nak “benda” ini mengganggu hidup saya dan anak saya. Mohon ustaz bantu saya dalam masalah/kes ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE