Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Kaedah Rawatan Yang Perlu Dielakkan

Kaedah Rawatan Yang Perlu Dielakkan

img_8510

Method yg di klasifikasikan oleh Gappima sebagai sesat (Gabungan persatuan perubatan islam Malaysia).

– Penggunaan Telur yang di alinkan

– Bedah batin

– Bagi Tangkal walaupun ayat Al Quran, Cincin, Gelang.

– Menggunakan khidmat khadam, jin islam, rijalul ghaib, saka baik, wali dan sebagai nya

– Buat kenduri sebagai syarat perubatan

– Menyembelih haiwan untuk di korbankan dengan tujuan perubatan sebagai syarat.

– Merawat, menangkap menggunakan keris

– Menggunakan ayat Al Quran untuk menilik nasib

– Perawat tiada guru. Belajar melalui mimpi walaupun di Mekah

– Pesakit dirawat tanpa muhrim, berdua-duaan dengan pesakit dalam satu bilik

– Merawat menggunakan batu cincin atau benda lain yang dianggap sakti yang boleh menyembuhkan pesakit

– Menggunakan gambar / foto orang yang dimaksud untuk tilikan dan ramalan.

– Rawatan jarak jauh dengan menggunakan foto, pakaian, potongan rambut, kuku atau dengan nama pesakit serta nama ibu.

– Penggunaan kain putih atau warna lain sebagai method rawatan

– Pendinding menggunakan batu, paku, tanda atau bahan bahan yang ditanam di penjuru rumah.

– Berzikir penuh emosi sampai hilang kesedaran

– Menurun

– Menggunakan Asap kemeyan

– Kononnya perawat dapat mengenal, menghitung jumlah JIN dalam tubuh pesakit

– Perawat nampak dan boleh melihat JIN

– Membayar pengeras seperti jumlah duit tertentu dan ganjil, duit syiling untuk tujuan pemutus ubat

– Perawat yang tahu secara ghaib dengan ilmunya tentang apa penyakit pesakit

– Membuka hijab alam ghaib

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

image001

Pengubatan Santau

Cara Pengubatan Santau Racun santau ini hendak dikeluarkan (dengan keizinan Allah s.w.t.) Pesakit perlu berjumpa ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE