Breaking News
Home / Agama / Kebun Ramadhan

Kebun Ramadhan

Suatu hari Sang Raja memanggil rakyatnya untuk masuk ke dalam sebuah kebun. Lalu dikatanya ” Wahai sekalian rakyatku yg dikasihi, masuklah kamu semua ke dalam kebun ini, dan kutiplah sebanyak mana hasil tanaman yg kamu inginkan! Di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buah yang cukup hebat! “

Lalu berpusu-pusulah rakyat jelata masuk ke dalam kebun itu. Mereka dibekalkan dengan sebuah guni untuk dimasukkan hasil buah-buahan yang dikutipnya sepanjang sebulan berada dalam kebun tersebut.

Ketika tiba saatnya lalu Sang Raja berkata, ” Wahai rakyatku, persembahkanlah apa yang kamu dapat hasil dari tanaman kebun aku ini! “

Masing-masing membawa bekalan hasil yang dikutip satu bulan berada dalam kebun tersebut. Ada yang membawa guninya dalam keadaan tersenyum lebar, ada yang dalam keadaan bersahaja dan tidak kurang mereka yang seperti berada dalam ketakutan!

Satu golongan membawa hasil buah-buahan yang buruk isinya, yang sedikit pun tidak boleh memberi manfaat kepada tuannya. Tempoh masa yang diberikan tidak digunakan dengan sebaiknya. Mereka ini lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada mereka, bahkan mencemari kebun ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Tuan-nya. RUGI! RUGI! RUGI! Inilah dia orang yang rugi dunia dan akhirat.

Kemudian datang pula golongan rakyatnya yang kedua, mereka ini membawa sebuah guni yang kelihatannya mudah dan senang bagi mereka. Bila saat dipersembahkan, mereka tunduk malu. Guni yang diberi kosong tidak berisi! Tapi mereka langsung tidak berasa susah hati bahkan masih mampu melemparkan senyuman tetapi tidak berisi! Mereka dibawa dengan perkara-perkara yang melalaikan mereka. Keindahan berada dalam sebuah kebun yang indah melalaikan mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur, makan dan minum, bermain berkejaran sehingga pada akhirnya mereka lupa untuk mengisi bekalan di dalam guninya. Sehinggakan saat bertemu dengan Tuan-nya, dia tidak punya apa-apa untuk ditunjukkan. Golongan ini juga RUGI! RUGI! RUGI! dunia dan akhirat.

Lalu saat itu beruntunglah bagi mereka yang mengutip buah-buah yang cantik dan baik isinya, lalu dimasukkan ke dalam guni mereka sehingga penuh… Mereka mampu tersenyum lebar untuk mempersembahkan hasil mereka pada Sang Raja. Dan layaklah bagi mereka untuk mendapat penghormatan dan kemulian daripada raja. Merekalah sebenarnya yang layak untuk meraikkan kegembiraan bagi perjuangan dan mujahadah mereka selama sebulan ini.

Tiada istilah kemenangan bagi orang yang tiada perjuangan. Begitulah juga, tiada istilah perayaan aidilfitri bagi mereka yg tiada mujahadah sebulan berpuasa.

TERSANGATLAH MALANG bagi mereka yang dikurniakan Tuannya ganjaran beribu-ribu hebatnya, tapi sedikit yg diambilnya.

dan TERSANGATLAH RUGI mereka itu, bila diminta untuk mengambil berjuta-juta wang yang tersangatlah mudah dicapai, tapi dia mengambil langkah untuk mengambil sekeping wang merah yang bernilai RM10 sahaja.

Semoga kita semua berusaha sungguh-sungguh untuk memilih diri kita masuk ke dalam golongan yang pertama, mudah-mudahan insyAllah…

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

kematian-copy

Mengingati Mati Satu Kewajipan Bagi Orang Beriman

Tidak seorangpun yang sudi digolongkan sebagai orang yang jahil atau bebal, sebaliknya masing-masing ingin dipandang ...

One comment

  1. alhamdulillah sudah akan menjelang ramadhan lagi,
    semoga ibadah kita semakin meningkat, amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE