Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Masalah Tidur Malam

Masalah Tidur Malam

 

ketika melatonin membantu masalah tidur

Masalah Tidur Malam

Tidur merupakan salah satu nikmat Allah yang sangat besar. Kita tidak akan berasa ia satu nikmat yang besar sehinggalah kita tidak diberikan keupayaan untuk tidur malam. Bahkan lebih teruk bila langsung tidak dapat tidur siang atau malam.

Kesannya pesakit akan berasa lesu sepanjang hari, tidak bermaya, pening kepala yang teramat, berjalan huyung hayang, mata bengkak, dan sebagainya. Untuk kesan masa lama sudah tentulah ia akan makin teruk.

Fungsi utama tidur adalah untuk mengukuhkan daya intelek dan membina semula tenaga serta meningkatkan ketahanan sistem imunisasi dalam tubuh badan. Tidak dinafikan tidur yang cukup menunjukkan seseorang akan berasa lebih bertenaga ketika bangun pagi.

Mengikut kaedah pengubatan sains seseorang yang tidak dapat tidur atau sukar tidur dinamakan sebagai penyakit insomia. Insomnia ialah satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak atau berasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur lama. Pesakit insomnia akan menjadi kurang aktif dan kurang bertenaga pada siang hari.

Antara punca-punca sukar tidur malam :

1) Disebabkan mimpi-mimpi yang menakutkan

2) Masa tidur yang tidak teratur

3) Terjaga beberapa kali pada waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula

4) Terlalu banyak tidur di siang hari

5) Tekanan perasaan / Emosi terganggu

6) Pergaduhan suami/isteri

7) Kehilangan orang yang dikasihi

8) Kekurangan zat makanan

Kebiasaanya pesakit yang terkena gangguan makhluk halus akan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Adakalanya lesu pada siang hari dan cergas pada malam hari. Jika perkara ini berlanjutan hingga 2 – 3 bulan maka pesakit perlu dapatkan khidmat nasihat dari pakar pengubatan Islam.

Apapun, pesakit hendaklah cuba ikhtiar melalui perubatan moden yang terdapat di klinik dan hospital. Sekiranya masih belum ada kesembuhan atau tanda-tanda positif maka sebaiknya bertemu dengan ustaz-ustaz yang mempelajari ilmu pengubatan Islam yang sahih.

Kaedah dan Doa Rawatan Sukar Tidur Malam

Usaha merawat melalui rawatan Islam menggunakan doa yang ditiup pada air dan kepala pesakit. Kombinasi doanya adalah seperti berikut :

doa sukar tidur malam

Sekiranya pesakit masih mengalami kesukaran untuk tidur malam maka boleh diikhtiarkan melalui penggunaan bahan daun bidara.

Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,

“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”

Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Cara Menggunakan Daun Bidara:

  1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
  2. Tumbuk dan dihaluskan.
  3. Letakkan daun bidara yang telah dilauskan tadi ke dalam sebuah gelas.
  4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
  5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
  6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
  7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
  8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.

Cara Mandi dengan Daun Bidara:

  1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
  2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
  3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
  4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.

InsyAllah kebiasaanya selepas mandi dengan daun bidara pesakit dapat tidur dengan baik.

Biiznillah!

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

image001

Pengubatan Santau

Cara Pengubatan Santau Racun santau ini hendak dikeluarkan (dengan keizinan Allah s.w.t.) Pesakit perlu berjumpa ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE