Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Soal Jawab "Alam Jin" / Part 1 Soal Jawab “Alam Jin”

Part 1 Soal Jawab “Alam Jin”

Apakah perbezaan antara jin, iblis dan syaitan ?

Ramai orang keliru mengenai perbezaan antara jin, syaitan dan iblis. Semoga penjelasan ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Saya juga berharap semoga penjelasan ini tidak bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh para ustaz dan ulama’ yang lebih arif daripada saya, InsyAllah.

 

Siapa Jin ?

Firman Allah taala,

“Dan sesungguhnya kami sudah menciptakan manusia (adam) daripada tanah niat yang kering yang berasal daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami sudah menciptakan jin (sebelum adam) daripada api yang terlalu panas. (al Hijr : 26-27)

Jin adalah penghuni pertama bumi. Mereka sudah berada di disini berbillion tahun sebelum kehadiran manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. Kehidupan mereka dipenuhi dengan pergaduhan, persengketaan, pertelagahan dan peperangan sesama mereka. Ini diakui oleh para pengkaji dan penulis terkenal seperti Professor Dr. Isa Dawud al Hafiz. (Beliau turut berdialog dengan satu jin Islam dan hasil dialog itu telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk ‘Berdialog dengan Jin Islam’. Pada ketika ini, perkataan ‘syaitan’ dan ‘iblis’ masih belum wujud.

Sebahagian dari jin itu beragama Islam. Ada juga yang tidak beragama dan ada juga yang menganut agama selain Islam. Firman Allah taala mengenai jin :

“Katakanlah wahai Muhammad, ‘Sudah diwahyukan kepadaku bahawasanya sudah diperdengarkan sekumpulan jin (dengan al-Quran) lalu mereka berkata, “Sesungguhnya kami sudah mendengar Quran yang menakjubkan (yang) memberi petunjuk ke arah yang benar, lalu kami beriman kepada-Nya. Dan kami sekali-kali tidak akan menyekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami.” (al Jinn 1-2)

Firman Allah taala lagi :

“Dan sesungguhnya antara kami (jin) ada yang taat dan ada pula yang menyimpang dari kebenaran.” (al Jin 14)

 

Siapa Iblis?

Ketika selepas penciptaan Nabi Adam a.s, Allah memanggil para malaikat termasuk Azazil (setengah riwayat mengatakan Azazil merupakan ketua malaikat pada ketika itu) dan memerintahkan mereka untuk tunduk dan sujud pada Adam sebagai tanda penghargaan dan penghormatan untukknya. Semua malaikat mentaati perintah Allah kecuali Azazil. Dia ingkar dan tidak mahu sujud. Dia membantah sehingga Allah murka padanya.

“Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam, lantas mereka pun sujud kecuali iblis. Ia (iblis) adalah dari golongan jin, ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambilnya dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Aku sedangkan mereka adalah musuh kamu? Begitu buruklah iblis itu sebagai pengganti (daripada Allah) bagi orang yang zalim.” (al Kahfi 50)

Itulah kali pertama perkataan ‘iblis’ digunakan. Ia adalah gelaran paling jelik dan hina yang diberikan sendiri oleh Allah taala kepada satu-satunya makhluk iaitu Azazil. Sejak itu, Azazil terus dikenali sebagai iblis.

Allah taala berfirman :

“Wahai iblis apa yang membuatkan kamu sombong?” Dia menjawab, “Aku diciptakan daripada api, manakala dia(adam) daripada tanah, hitam legam dan kotor.”. Hakikatnya, setiap ciptaan Allah Maha Sempurna dan Maha Mengetahui  tujuan dan hikmah setiap ciptaan-Nya. Tetapi Azazil yang sudah digelar ‘iblis’ tadi telah menghina ciptaan Allah. Allah sangat murka sehingga akhirnya mengusir Azazil dari syurga.

“Keluar kau dari sini dan kau adalah makhluk terkutuk dan dilaknat.”

Serentak dengan itu, wajah iblis berubah menjadi sangat buruk, hodoh dan tidak sempurna. Sebelum iblis keluar daripada syurga, dia telah memohon dua lesen besar daripada Allah taala :

1) Hidup sehingga hari kiamat.

2) Menganggu, menghasut dan merosakkan keturunan Adam iaitu manusia.

Kedua-dua permohonan ini diluluskan oleh Allah. Namun dalam masa yang sama, iblis turut berkata bahawa ia tidak akan dapat menganggu dan menggoda manusia yang benar-benar ikhlas terhadap Allah. Allah berfirman : Itulah jalan yang benar mengikut petunjuk yang telah diberikan.

 

Siapa Syaitan?

‘Syaitan’ adalah gelaran kepada bala tentera iblis. Mereka juga daripada golongan jin. Ada yang dipanggil, ditangkap, dipaksa dan direkrut menjadi tentera. Mereka dilatih merosakkan manusia khususnya umat Nabi Muhammad saw. Sumpah mereka adalah untuk menjadikan segala jenis maksiat kelihatan indah dan cantik. Mereka semua diajar pelbagai kaedah psikologi perang terhadap manusia.

Mereka juga mempunyai sistem dalam kehidupan dan pemerintahan mereka. Malah daripada segi teknologi, mereka lebih jauh mendahului manusia.

 

Kesimpulannya

Bagi lebih memahami kedudukan jin, syaitan dan iblis bolehlah diumpamakan seperti ini. Iblis adalah ketua ataupun kaptennya, syaitan pula adalah pasukan tentera manakala jin pula adalah rakyat biasa di mana dalam kalangan mereka ada yang beragama Islam dan ada juga yang kafir. Ada yang baik dan ada juga yang jahat.

 

Wallahualam.

 

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE