Breaking News
Home / Temujanji Pengubatan

Temujanji Pengubatan

Ikhtiar perubatan ini terhad kepada mereka yang berada di kawasan KL & Selangor sahaja.

Mereka yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang tidak disenaraikan atau jarak yang melebihi 30 km ke atas, boleh hubungi saya terlebih dahulu. Pertimbangan akan diberikan dengan syarat dan terma yang tertentu.

Kos pengubatan?

Saya tidak mengenakan sebarang bayaran. Hadiah dan saguhati digalakkan mengikut kemampuan pesakit. Namun dalam keadaan tertentu contohnya jarak melebihi 30 km, saya biasanya akan mengenakan bayaran untuk tambang minyak atau kos perjalanan saya ke sana.

Masa Rawatan

Mengikut jadual dan masa saya. Sekiranya saya lapang, InsyAllah saya akan tunaikan hajat tuan/puan untuk ikhtiar perubatan Islam dengan saya.

Sebaiknya sebelum mendapatkan rawatan, eloklah pesakit atau wakil pesakit bercerita serba sedikit tentang masalah yang di alami agar saya dapat membuat persiapan dan mengetahui apakah jenis penyakit yang dialami oleh pesakit.

Hubungi Saya

Anda boleh hubungi saya melalui email. Sila tekan link di sebelah >> Hubungi  atau boleh teruskan emailkan kepada admin@muhdarifaiman.com

InsyAllah saya akan menghubungi / respon email anda dalam masa 48 jam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE