Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Sihir Pemisah (Tafriq)

Sihir Pemisah (Tafriq)

SimpulanSihir

Pengenalan

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.

Hati orang kita tak tahu. Dihadapan kita nampak baik sahaja tetapi dibelakang kita, niat jahat mereka setelah tengok suami-isteri ini dengan kehidupan yang bahagia dan diberi Allah rezeki yang melimpah.

Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:

“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggan bagi iblis laknatuLLAH.

Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.

Tanda-tanda gangguan

  • Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dsb.
  • Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.
  • Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya
  • Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan
  • Membenci pasangan yang meruap-ruap
  • Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi.
  • Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.

Kesan Jika tidak dirawat

Sihir ini sangat berbahaya bagi pasangan suami isteri dan anak-anak. Jika suami tidak kuat, tidak bersabar dan tabah menghadapi ujian ini biasanya perkahwinan ini akan ditamatkan dengan penceraian. Pernah terjadi dalam suatu kes yang pernah saya rawat di Kuala Terengganu, isteri mengugut suaminya agar menceraikan dia jika tidak dia akan bunuh bayi kecil yang baru berusia 1tahun setengah! Isterinya sudah lagi tidak mampu mengawal tubuhnya sendiri akibat dikuasai oleh syaitan.

Ikhtiar

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

Berikut saya sertakan doa untuk penghapus sihir, InsyAllah…

SIHIR 2

yunus

SIHIR 3

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Check Also

1-6

Pengenalan Santau

Apakah Santau? Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ...

10 comments

  1. isteri sy tidak mahu ikut saya balik..mcm mana sy nak ubatkan die…die dgr ckp ibu die..sekarang die dirumah ibunya…pa harus sy buat..isteri sy terlalu benci pada sy tanpa sebab…

  2. Saya adalah seorang pengamal perubatan islam menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan gangguan jin seperti saka, sihir, sakit mental dll. Pernah merawat penuntut Malaysia diluar negara yang kena sihir pendarahan selama 2 tahun. Jika saudara /saudari masih lagi bermasalah boleh lah berhubung dengan saya melalui emel
    md.ariffin_darus@yahoo.com.my atau watsapp 012-3779564

  3. muhdarifaiman

    wsalamun alaik…

    ada baiknya tuan membawa isteri tuan ke pusat pengubatan islam untuk dapatkan rawatan terlebih dahulu.. untuk dibacakan doa berserta mandian daun bidara(untuk sihir). Lihat perkembangan isteri dalam masa 2 minggu selepas penguabtan.

    Jika benar terkena sihir, maka insyAllah boleh diselamatkan.. dan jika tidak pun, isteri masih tidak berhak utk menuntut cerai dr suami selagi mana suami taat pada Allah dan Rasul dan menjaga kebajikan isterinya. Cuma perbuatan curang itulah yang digemarkan.

    Mudh2han Allah taala permudahkan segalanya. InsyAllah.

  4. Assalammualaikum wbt Ustaz …

    Isteri saya berubah secara tiba2 dengan membenci saya dan menyatakan sudah tiada rasa cinta dan sayang kepada saya. Dia menyatakan kepada saya yang dia ingin kan kebebasan… iaitu tiada lagi ikatan perkahwinan. Sebelum ini … saya telah menghidu perbuatan isteri saya (curang kepada saya – ada kekasih di pejabat) dan apabila saya bersemuka dengan isteri …. dia menyatakan bahawa hanya rakan sepejabat, walhal message melalui whatsaap seolah olah mereka sedang di lamun cinta. Isteri ada juga memberi tahu bahawa bekas kekasih nya itu sanggup untuk mengambil nya sebagai isteri kedua jika isteri saya telah ‘bebas’. Saya merasa sungguh sedih dan tertekan dengan dugaan yang melanda rumahtangga saya ustaz.Saya kasihan melihat anak2 saya ustaz. Saya terasa seolah olah isteri saya terkena sihir pemisah oleh bekas kekasih nya di pejabat nya itu. Saya betul2 buntu ustaz. Setiap kali solat saya berdoa agar di lembut kan hati isteri saya untuk kembali kepada saya. Terima kasih ustaz

  5. muhdarifaiman

    Kepada yang ada masalah, dan nak dapatkan khidmat nasihat atau pengubatan boleh hubungi saya di email :

    admin@muhdarifaiman.com.

    saya akan jawab secepat mungkin. Disini sy jarang buka.

    Tertakluk kepada kwsn2 tertentu sahaja. (bergantung kepada keadaan)

  6. muhdarifaiman

    Wsalamun alaik…

    Boleh amalkan doa yang telah saya sertakan di atas. InsyAllah, amal pagi, petang dan sebelum tidur. Jika mampu untuk dibacakan pada isteri itu lebih baik. Jika tidak mampu maka bacakan pada air, pada makanan untuk diberikan kepada isteri. Dan teruskan untuk dapatkan perkhidmatan rawatan daripada mana2 ustaz pengubatan Islam. InsyAllah, moga diberikan kesembuhan.

  7. As salaam ustaz..kakk ipar sy di sihir.sy dfahamkn lelaki itu tlh mncalit minyak pd kakk ipar sy.skrg beliau benci tengok abg sy(suaminya) dn meminta cerai.hal ini baru je brlaku slpas raya.merata abg sy bwa berubat..apa rawatan/bacaan ayat utk kakk ipar?sy kesian ank2 mereka.pling kecil usia 5bulan.terima kasih ustaz..

  8. assalammualaikum ustaz…..

    sy ada bertanyakan kepada seorang pengubat tradisional…pd waktu itu dia minta sy beri nama suami….
    di mengatakan yang suami saya ini terkena sihir pembenci…
    mmg sblm ini suami saya ada menjalin hubungan dengan seorang wanita…

    saya dapat tahu tentang mereka,dan kini meraka telah berpisah…masalah saya skrg adalah,suami saya sekarang seperti berubah sama sekali,

    dia selalu marah-marah tanpa sebab,tension secara tiba-tiba,muram secara tiba-tiba,dan yang paling teruk dia sentoasa merasakan diri dia betul…tak seperti sebelum kehadiran wanita tersebut

    perubahannya berlaku mendadak…..sehinggakan dia melafazkan cerai pada saya baru-baru ini,dan tidak lama itu,dia ingin rujuk kembali….dia dakwa yang dia x sedar apa yang dia katakan…

    tolonglah saya…

  9. muhdarifaiman

    Wasalamun alaik…

    Secara umumnya, boleh jadi orang yang terkena sihir itu adalah akak sendiri atau suami.

    Akak boleh rujuk tanda2 terkena sihir/gangguan pada artikel saya disini, http://www.muhdarifaiman.com/tanda-tanda-penyakit-gangguan-makhluk-halus/

    Memang sihir ini adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah taala. Sihir biasa terjadi disebabkan hasad dengki dan biasa untuk merosakkan rumahtangga seseorang.

    Antara amalan awal yang akak boleh lakukan adalah dengan beramal dengan ayat yang telah saya berikan diatas. Amalkan setiap kali selepas solat, baca dan hembus pada tangan, kemudian sapu pada seluruh badan. Niat dengan Allah, “Ya Allah, batalkan sihir yang ada pada diriku ini…”

    Elok juga diamalkan bersama ayatul qursi dan 3 kul untuk benteng perlindungan.

    Dan untuk sihir, cuba akak buat rawatan menggunakan daun bidara. Rujuk artikel saya disini, http://www.muhdarifaiman.com/rawatan-menggunakan-daun-bidara/

    Rawatan daun bidara disebut dengan jelas dalam hadis untuk mengatasi masalah sihir.. InsyAllah, semoga dengan ikhtiar dan kesungguhan kita ini Allah berikan sesuatu kebaikkan kepada kita.

    Dan yakinlah, hanya Allah sajalah yang mampu memberi pertolongan dan kesembuhan. Teruskan bermunajat kepada Allah, doa semoga Allah berikan kita kekuatan untuk terus tempuhi ujian ini dengan hati yang tabah dan redha kepada segala ketentuan-Nya.

    Wallahualam.

  10. Salam ustaz…saya mengalami bermacam-macam penyakit sejak saya tunang dan sekarang
    Dah hampir 3 tahun usia perkahwinan saya…..sepanjang saya bergelar isteri suami saya tidak pernah pedulikan saya
    Dan tidak mahu duduk sebumbung…….jika dok serumah,tidak lama pastu kami akan berasing kembali tanpa bercerai….
    Dia sayang pada saya,tapi kami sering bergaduh,rezeki terputus kerana ada sahaja halangan untuk saya meneruskan
    Apa sahaja niat….sekarang saya dah putus asa kerana saya dah hilang keyakinan untuk berjumpa dengan orang luar..keje pun dah x boleh,fikiran pun dah lemah…..dah banyak tempat saya usaha….penyakit ini pulih dan lama kemudian dia kembali semula……semua mengatakan orang yang sama yang menyihir saya kerana saya pilih orang lain untuk berkahwin….bagaimana ustaz untuk saya menghentikan niat orang yang terus menerus menyakiti saya itu…….saya hanya ingin pulih tapi tidak berniat ingin membalas…harap ustaz boleh membantu…..3tahun perkahwinan saya pindah randah…..kahwin dalam telefon shja…bila jumpa gaduh….bila jauh ok…..saya tinggal bersama ibu saya,dan suami tinggal dengan nenek nya…….bagaimana untuk saya menamatkan semua ini…..kadang2 saya memilih untuk bercerai…tetapi bila saya fikir ini sihir orang saya bertahan dan berdoa…tetapi jiwa saya,tenaga,akal turut lemah……macam nak gila pun ada……hidup saya dah x terurus…..askum….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE