Breaking News
Home / Pengubatan Islam / Soal Jawab "Alam Jin" / Soal Jawab “Alam Jin” – Permulaan –

Soal Jawab “Alam Jin” – Permulaan –

Dunia mereka wujud dan mereka itu wujud. Pasti. Dalam al Quran sendiri Allah taala menyebut dengan jelas tentang kewujudan mereka. Para malaikat taat beribadah dan mematuhi apa saja perintah Allah. Golongan jin turut diberi petunjuk dan panduan seperti manusia. Manakala iblis laknatullah yang angkuh dan syaitan pula akan sentiasa mencari jalan bagi mengheret manusia agar kekal berada dalam neraka bersama mereka.

Sebagai manusia kita terlalu terpedaya dan tidak mengambil tahu hal mereka. Akibatnya kita hanya memikirkan mereka sebagai makhluk yang seram. Padal mereka lebih dasyat dari itu. Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya,

“Syaitan akan mudah menganggu manusia yang lemah mental, lemah fizikal dan lemah imannya.”

Jadi jangan ambil mudah.

InsyAllah, bermula saat ini saya akan menulis dan menjawab beberapa permasalahan dalam kalangan masyarakat kita hari ini tentang Alam Jin. Dengan sedikit ilmu yang saya punya, berdasarkan pengalaman peribadi dalam pengubatan Islam lebih kurang selama 6 tahun dan hasil pembacaan kitab-kitab ulama’ pengubatan dalam Negara mahupun luar Negara.

Semoga dengan tertulisnya soal jawab tentang Alam Jin dapat sedikit sebanyak kita mengenali musuh utama kita dari kalangan syaitan dan iblis laknatullah. Dan harus diambi perhatian! Tidaklah kesemua yang saya tulis kelak adalah benar dan wajib tepat. Adakalanya ia mungkin berbeza pendapat dengan alim ulama’ yang lain, maka saya berlepas diri dan ambillah pandangan mereka memandangkan saya teramat sedikit ilmu dan pengalaman berbanding mereka. Namun sedayanya saya cuba memberikan yang terbaik berdasarkan ilmu yang Allah taala kurniakan, pengalaman dalam pengubatan dan rujukan kitab-kitab alim ulama’.

Yang baik pasti dari Allah, dan yang tidak baik itu kelemahan diri saya sendiri.

Wallahualam.

Comments

comments

About muhdarifaiman

muhdarifaiman
Muhammad Arif Aiman bin Mustafa mula mendapat pendidikan agama awal bersama ayahnya yang juga merupakan seorang guru agama. Kemudian bertalaqi dengan beberapa orang guru di sekitar Terengganu, Kelantan dan Kedah. Mendapat ijazah sanad pengubatan Islam yang pertama daripada anak murid Syeikhuna Wahid Abdus Salam Bali, dan ijazah sanad kedua daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din. Dan beberapa ijazah umum daripada guru-guru saya yang mulia. Mula bergiat aktif dalam dunia pengubatan Islam pada tahun 2010 dan kini menjalankan pengubatan Islam separuh masa dan pendakwah bebas sepenuh masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE